Darling sah bertunang Mac, nikah Mei
Posted by Admin
“Insya-Allah... kami sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Dia memang orang kaya, tapi kaya hati! Bukan orang industri hibuan, tapi seseorang yang terbabit dengan perniagaan automotif dari Melaka. Umurnya dalam lingkungan 30-an. Justeru, apabila kami bertemu, ada keikhlasan, amanah, hormat menghormati dan ada keserasian untuk mendirikan rumah tangga, why not?
Dengan senyuman meleret, Darling mengakui hatinya kini sudah dimiliki selepas beberapa bulan putus cinta dengan editor hiburan sebuah akhbar tabloid harian. Darling berkata, pemuda berkenaan adalah pilihan hatinya sendiri, manakala ayah dan ibu sekadar memberi restu.
Sekiranya apa yang dirancang berjalan seperti yang diharapkan, Zubir mengucapkan tahniah kepada Darling sekeluarga. Sekalipun baru-baru ini dihimpit pelbagai cerita kurang enak gara-gara putus cinta dengan orang media, tapi dalam sekelip mata dia sudah bertemu pengganti.
“Apa yang saya harapkan, janganlah pihak berkenaan terus menyalahkan ibu bapa saya apabila kami tak jadi kahwin. Percayalah kepada qada dan qadar Tuhan,” kata Darling yang baru saja selesai penggambaran drama, Gadis Cuci The Series, lakonan teman baiknya sendiri, iaitu penyampai popular HotFM, Fara Fauzana.
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment