Sah! Kumpulan SEPAH juarai Raja Lawak 3

Posted by Admin


Mamat (kiri), Shuib dan Jep bersama trofi kemenangan mereka.


Reaksi Sepah selepas diumumkan menjuarai Raja Lawak musim ketiga.


Kebanyakan penonton bangun sambil bertepuk tangan apabila mendengar Sepah diumumkan sebagai juara seolah-olah bersetuju dengan keputusan tersebut.

Sorakan dan tepukan daripada penonton Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga peringkat akhir di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi telah membuktikan yang kumpulan Sepah memang layak bergelar juara.

Kemenangan Sepah sekaligus menepati ramalan ramai pihak termasuklah pihak juri lebih-lebih lagi apabila undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berpihak kepada tiga jejaka berasal dari Johor iaitu Shahmira Muhamad atau Shuib, 24; Mohd. Nadzri Zainal atau Jep, 23, dan Mohd. Noor Murad atau Mamat, 23.

Sepah yang mengutip undian sebanyak 48.12 peratus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta jenama Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Menurut pelakon dan pengarah teater, Fauziah Nawi selaku pengkritik tetap program ini, dia memang nampak kesungguhan yang dipamerkan oleh Sepah pada malam ini seolah-olah bersetuju dengan kemenangan kumpulan yang pernah digelarnya sebagai ‘muka pecah pintu’ itu.

“Saya juga menyukai persembahan Sepah yang konsisten pada setiap minggu. Namun, saya memang tidak sangka dengan persembahan mereka pada malam ini.

“Mereka juga menunjukkan lawak yang semulajadi,” ulasnya yang turut meminta maaf kepada kumpulan tersebut termasuk keluarga dan peminat mereka secara langsung di dalam program itu.
Kebanyakan penonton bangun sambil bertepuk tangan apabila mendengar Sepah diumumkan sebagai juara seolah-olah bersetuju dengan keputusan tersebut.



Entri Yang Berkaitan:



0 comments:

Post a Comment