(Panas) Winnie Kok Dibelai Tiga Lelaki

Posted by Admin


Meniti kehidupan penuh glamor dan sentiasa sibuk, sekali sekala tentunya diri mahu dibelai dan dimanjakan sang kekasih. Dalam usia mencecah 28 tahun pada 16 Mac ini, penyanyi Winnie Kok yang kini mahu dikenali sebagai Winnie K, masih mencari cinta sejati.

Sejak putus kasih dengan jagoan badminton Indonesia, Taufik Hidayat, dua tahun lalu, Winnie masih mencari cinta. Difahamkan, Winnie sempat menjalin cinta dengan Taufik beberapa bukan tetapi perhubungan bermula pada September 2005 itu tidak ke mana

Sebaliknya Taufik melangsungkan perkahwinan dengan Ami Gumelar pada 4 Februari 2006 dan kini mempunyai anak perempuan yang lahir pada Ogos 2007.

Tidak cukup dengan itu, anak kelahiran Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kuala Lipis, Pahang itu dikatakan pernah menjalin hubungan istimewa dengan pemain gitar kumpulan popular Indonesia, Ungu iaitu Oncy, sehingga menjadi berita hangat serta mendapat liputan meluas media tempatan dan Indonesia.

Hubungan yang diistilahkan Winnie sebagai teman rapat itu juga tidak ke mana. Senyap seketika, timbul pula gosip baru kononnya Winnie kini menjalin hubungan cinta dengan pemain regu lelaki (badminton) negara, Koo Kien Keat yang sering berganding dengan Tan Boon Heong.

"Dia bukan teman istimewa tetapi kawan baik saya. Saya mengenalinya sudah lama malah, di kalangan pemain badminton sendiri tahu kami berkawan baik.

"Koo juga kenal bekas teman lelaki saya. Sebenarnya, sejak di bangku sekolah lagi saya memang meminati badminton dan sanggup membeli tiket untuk menyaksikan pertandingan itu.

"Mungkin kehadiran saya dalam satu pertandingan badminton baru-baru ini menimbulkan persoalan lebih-lebih lagi melihat kami rapat.

"Pada usia sebegini saya memang mengharapkan kehadiran teman istimewa kerana saya suka dibelai dan dimanjakan. Kalau sakit ada orang tanya khabar.




Kekasih #1 Taufik Hidayat


Kekasih #2 Oncy Guitarist Ungu


Kekasih #3 Koo Kien Keat

Kantoi! Memang Sah Tengah Hot Bercinta

P/S Ouch! Panas harapkan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.


Entri Yang Berkaitan:



0 comments:

Post a Comment