(Filem) Jangan Tegur Ditayangkan 9 April

Posted by Admin



Filem Jangan Tegur keluaran MIG yang ke-32 ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 9 April ini. Al kisahnya filem arahan Pierre Andre ini tertangguh gara-gara kemelut di antara Pierre Andre dengan produser MIG iaitu David Teo. Pierre Andre dikatakan melawan towkey MIG, David Teo sendiri.Filem ini kemudian nya di sambung oleh Ahmad Idham.

Komen David Teo tentang perkara ini.

“Filem ini dijayakan oleh satu ‘team’ termasuk penasihat dan pengarah"

“Misalnya, kes Pierre yang tiba-tiba tak dapat habiskan filem ini akhirnya disambung oleh Idham.

“Sebab itu jika satu tumbang, 10 orang ada ‘backing’ dalam ‘team’ kami,”



Ditanya kemana hilangnya Pierre Andre

“Susah saya nak hubungi dia (Pierre). Lagipun, dia tidak tampil untuk ‘post-production’ filem ini.


Filem ini juga di khabarkan akan di drama kan di TV3 nanti

“Tengoklah, kalau TV3 dah bersetuju selepas menonton filem ini, mungkin drama Jangan Tegur akan dibikin mulai bulan depan.



SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR
JANGAN TEGUR mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.


Aksi Baizura lakonan Nadia Mustafar ketika dirasuk.


Pak Su lakonan Kaza (kiri) ketika mengawal keadaan Baizura yang dirasuk.



Entri Yang Berkaitan:



0 comments:

Post a Comment