Nik Sayyidah (Mek) ke Jinjang Pelamin

Posted by Admin



Siapa sangka selepas empat tahun menjadi sahabat, perasaan itu berubah menjadi cinta lalu mengambil keputusan untuk disatukan sebagai suami isteri.

Pasangan ini akan diijabkabulkan esok (14 Mac) di Masjid Negeri atau dikenali sebagai Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu pada jam 9 malam dan akad nikah dilakukan oleh Mufti Negeri Kelantan.

Keesokan hari, majlis persandingan di kediaman Nik Sayyidah di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, manakala persandingan sebelah pihak lelaki diadakan di Kampung Mulong, Wakaf Bharu, Kota Bharu pada 19 Mac.

Nik Sayyidah yang popular menerusi Salam Pantai Timur dan juga pengacara Nasi Lemak Kopi O, kini mula dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri Julia Juli. Dalam kesibukan membuat persiapan hari bahagianya, Nik yang mesra dengan panggilan Mek tidak lokek berkongsi kisah cintanya dengan Hariff.

"Saya kenal Hariff empat tahun lalu, ketika diundang mengacara majlis di Istana Kelantan. Kebetulan, dia bertugas sebagai Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan atau gelaran mengikut protokol adalah Pegawai Kanan di Pejabat Sultan.

"Setiap acara yang diadakan di istana diuruskannya, justeru kami sering berurusan tapi hubungan tidak lebih daripada kawan. Kalau berjumpa, cuma bertanya khabar atau bercakap pasal kerja.

"Bagaimanapun, pada hari raya kedua tahun lalu, dia mengirim SMS yang dia hendak serius dengan saya. Saya faham maksud dia tapi mahukan penjelasan yang lebih lagi.

"Kemudian dia maklumkan, mahu berkahwin dengan saya. Beberapa hari selepas itu dia dan keluarganya bertandang ke rumah sebelum menghantar rombongan merisik pada 28 Oktober tahun lalu sekali gus menetapkan tarikh pertunangan pada 2 Disember,"


Nik berkata, pada mulanya pihak lelaki mahu mempercepatkan perkahwinan tetapi keluarganya meminta tempoh untuk membuat persiapan.

P/S. Selamat Pengantin Baru Kepada Mek dari Ouch! Panas. Semoga berkekalan ke anak cucu.

Entri Yang Berkaitan:



0 comments:

Post a Comment