Nora Danish Enggan Rujuk Semula

Posted by Admin



MENGENALI sosok Nora Danish Hanif, dia memang wanita yang manis. Dia seorang yang agak memendam rasa, lemah lembut dan paling sukar melampiaskan kemarahannya di hadapan orang.

Maka saat hidupnya dilanda badai dan taufan menghempas kiri dan kanan, sewaktu rumah tangga yang dibina kurang sebulan merangkak usia dua tahun berkecai, pelakon yang terkenal menerusi drama Puteri ini masih berupaya tersenyum.

Waktu itu pula, dia diceraikan suaminya, Rizal Ashram Ramli dalam keadaan sedang mengandung anak sulung mereka yang kini berusia dua bulan, Putera Raiqal Ramli Rizal Ashram Ramli.

Punca perceraian, selain daripada kurang persefahaman, turut dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga.

Semuanya bagai satu tsunami dalam hidup Nora. Pada usia 26 tahun kini dia telah melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan.

Namun setiap ribut yang melanda, kata Nora, disertakan bersama satu ketenangan. Hanya ketenangan tersebut masih belum diraih sepenuhnya.

Bila ditanya adakah dia akan rujuk semula?


"Insya-Allah, saya tidak akan rujuk semula demi anak. Saya tak mahu mengheret semua perasaan curiga saya bila kami rujuk kembali dan rumah tangga jadi tidak harmoni.Lagipun saya bimbang jika seseorang itu pernah melakukan perbuatan itu sekali, mustahil dia tidak boleh melakukannya lagi"



P.S. Ouch! Panas setuju dengan Nora Danish, lihat sahaja Norman dan Abby. Opss...


Entri Yang Berkaitan:



1 comments:

  1. spidernetgold said...

    hi, sabar yer... hopefully u will get somebody else that suite you...

    http://www.clickhitz.com/?ref=spiderteam

Post a Comment