Jue Aziz Playgirl?

Posted by Admin



Jue Aziz adalah antara artis yang paling 'hot' kat Malaysia ni. Tak percaya? Lihat gambar seterusnya. Ouch! Panas bukan nak cerita pasal ke'hot'tan Jue Aziz ini in fact dia memang hot pun. Baru-baru ini berterbangan gossip liar tentang ke'playgirl'an artis ini. Dia dikatakan ber'kawan' dengan empat lelaki. Siapa empat lelaki ini? Mereka adalah Hans Issac, Syawal AF5, Ally Iskandar TV3, dan Fahrin Ahmad. Mari kita tengok komen Jue Aziz tentang gossip liar ini.

Hans Issac

“Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran, baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik. Terus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru"


Syawal AF5

“Shawal saya kenal ketika kami sama-sama menjayakan rakaman Muzikal Raya tidak lama dulu. Kami boleh ‘ngam’ kerana sekepala. Tak ada nak ‘control-control’ atau plastik. Shawal seorang yang kelakar, tapi sama seperti Hans, hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan"


Ally Iskandar TV3

"Ally pula kawan berborak, dia seorang pendengar yang setia. Tak ada apa-apa pun yang istimewa dalam persahabatan kami"


Fahrin Ahmad

“Fahrin, saya dah lama mengenali dirinya. Ketika saya mengenali Ako (Mustapha) dulu, dalam masa sama, saya turut mengenali dirinya. Saya akui, memang kami pernah keluar makan bersama. Tapi, tidak ada sebarang perasan yang wujud antara kami. Sehingga hari ini, antara saya dan Fahrin, kami kekal sebagai kawan baik"


Jue Aziz Playgirl?

"Tolong, saya bukan play girl! Maksud play girl, apabila bercinta dengan seseorang, dalam masa sama dia turut bermain cinta dengan lelaki lain, tapi saya bukan begitu! Pastinya selepas saya putus cinta, tidak ada sesiapa yang istimewa di hati saya.

“Saya berani beri jaminan, semua lelaki yang pernah dikaitkan dengan saya sejak akhir-akhir ini, sekadar kawan biasa. Saya tidak mudah terima cinta sewenang-wenangnya. I learnt from bad experience,”


Rupa-rupa nya Jue Aziz bukan play girl seperti yang disangka kan. Dia cuma meramaikan kawan a.k.a 'stok lelaki'. Maklumlah baru lepas putus cinta, inginkan someone to cry on. Ouch!Panas mengucapkan semoga bergembira Jue Aziz, jangan dikenang benda yang lepas. Peace.

Mari kita tengok Jue Aziz Hot Ke tak Hot?



Pose yang menidak tenteramkan Lelaki-lelaki sejati di luar sana.


Teruskan Membaca...

Memey 'Mungkin' akan Berkahwin Dengan Norman

Posted by Admin


Memey dan Norman semasa perbicaraan tuduhan berkhalwat


Kadang-kadang tengok muka Memey nie lawa gak

"Jika sudah jodoh, saya perlu terima bakal suami seadanya. Malah, jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda beranak tiga pun, saya terima kalau ia sudah jodoh,"


Hint yang diberi Memey bila ditanya tentang jodoh nya dengan Norman. Adakah akan betul-betul berlaku? Kita nantikan.

Bila ditanya gosip kelibatnya sering kelihatan di pejabat Norman Hakim dan dikatakan kembali menetap di pejabat kekasihnya itu di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.

Ini jawapan Memey.

"Saya datang ke pejabatnya kerana urusan kerja dan bukan menetap di pejabatnya. Saya juga ada datang makan di restoran milik Norman sebab itu ada orang nampak kelibat saya di sana.Apapun, saya sudah tidak kisah cakap-cakap orang kerana terlalu banyak persepsi disebarkan orang. Apa yang penting, saya dan keluarga tahu hal yang sebenarnya. Orang akan fikir gosip itu betul apabila saya mendiamkan diri tetapi kalau saya beri kenyataan pun, orang bercakap benda yang sama juga,"


P/S. Benda baik,elok dicepat-cepatkan. Kalau betul,Ouch! Panas ingin jadi orang pertama mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.

Teruskan Membaca...

(Gambar) Miley Cyrus Ber'Jogging Dengan BF

Posted by Admin











Bila ditanya Kenapa Memilih Justin Gaston sebagai PakWe. Dengan selambernya Miley Cyrus menjawab.

"Because he's perfect."


Justin Gaston adalah Model Seluar Dalam atau dalam bahasa penjajah Model Underwear


P/S. Patutlah Miley Cyrus kata dia perfect. Ahakss...

Teruskan Membaca...

Nik Sayyidah (Mek) ke Jinjang Pelamin

Posted by Admin



Siapa sangka selepas empat tahun menjadi sahabat, perasaan itu berubah menjadi cinta lalu mengambil keputusan untuk disatukan sebagai suami isteri.

Pasangan ini akan diijabkabulkan esok (14 Mac) di Masjid Negeri atau dikenali sebagai Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu pada jam 9 malam dan akad nikah dilakukan oleh Mufti Negeri Kelantan.

Keesokan hari, majlis persandingan di kediaman Nik Sayyidah di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, manakala persandingan sebelah pihak lelaki diadakan di Kampung Mulong, Wakaf Bharu, Kota Bharu pada 19 Mac.

Nik Sayyidah yang popular menerusi Salam Pantai Timur dan juga pengacara Nasi Lemak Kopi O, kini mula dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri Julia Juli. Dalam kesibukan membuat persiapan hari bahagianya, Nik yang mesra dengan panggilan Mek tidak lokek berkongsi kisah cintanya dengan Hariff.

"Saya kenal Hariff empat tahun lalu, ketika diundang mengacara majlis di Istana Kelantan. Kebetulan, dia bertugas sebagai Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan atau gelaran mengikut protokol adalah Pegawai Kanan di Pejabat Sultan.

"Setiap acara yang diadakan di istana diuruskannya, justeru kami sering berurusan tapi hubungan tidak lebih daripada kawan. Kalau berjumpa, cuma bertanya khabar atau bercakap pasal kerja.

"Bagaimanapun, pada hari raya kedua tahun lalu, dia mengirim SMS yang dia hendak serius dengan saya. Saya faham maksud dia tapi mahukan penjelasan yang lebih lagi.

"Kemudian dia maklumkan, mahu berkahwin dengan saya. Beberapa hari selepas itu dia dan keluarganya bertandang ke rumah sebelum menghantar rombongan merisik pada 28 Oktober tahun lalu sekali gus menetapkan tarikh pertunangan pada 2 Disember,"


Nik berkata, pada mulanya pihak lelaki mahu mempercepatkan perkahwinan tetapi keluarganya meminta tempoh untuk membuat persiapan.

P/S. Selamat Pengantin Baru Kepada Mek dari Ouch! Panas. Semoga berkekalan ke anak cucu.

Teruskan Membaca...

(Filem) Jangan Tegur Ditayangkan 9 April

Posted by Admin



Filem Jangan Tegur keluaran MIG yang ke-32 ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 9 April ini. Al kisahnya filem arahan Pierre Andre ini tertangguh gara-gara kemelut di antara Pierre Andre dengan produser MIG iaitu David Teo. Pierre Andre dikatakan melawan towkey MIG, David Teo sendiri.Filem ini kemudian nya di sambung oleh Ahmad Idham.

Komen David Teo tentang perkara ini.

“Filem ini dijayakan oleh satu ‘team’ termasuk penasihat dan pengarah"

“Misalnya, kes Pierre yang tiba-tiba tak dapat habiskan filem ini akhirnya disambung oleh Idham.

“Sebab itu jika satu tumbang, 10 orang ada ‘backing’ dalam ‘team’ kami,”



Ditanya kemana hilangnya Pierre Andre

“Susah saya nak hubungi dia (Pierre). Lagipun, dia tidak tampil untuk ‘post-production’ filem ini.


Filem ini juga di khabarkan akan di drama kan di TV3 nanti

“Tengoklah, kalau TV3 dah bersetuju selepas menonton filem ini, mungkin drama Jangan Tegur akan dibikin mulai bulan depan.



SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR
JANGAN TEGUR mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.


Aksi Baizura lakonan Nadia Mustafar ketika dirasuk.


Pak Su lakonan Kaza (kiri) ketika mengawal keadaan Baizura yang dirasuk.



Teruskan Membaca...